Saturday, June 13, 2009

BADAR..Pro dan kontra.

Sebelum ana memanjangkan catatan yang hanyalah luahan dan pandangan, ana ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa atas apa yang ingin ana coretkan ini.. Sekadar pemerhatian dari 2 mata yang amat terhad ini..

Kita kini sudah hampir 2 minggu melangkah masuk ke dalam bulan Jun.. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi untuk kita menghadapi muktamar Badan Dakwah dan Rohani 08/09.. Berdasarkan tajuk ini, ana ingin mencoretkan pemerhatian ana. Yang baik, teruskan.. Yang salah,betulkan..

Ana tahu, ana bukan exco. Tiba-tiba nak tulis tajuk nie. Hm,, takpelah.. Just saje-saje. Bak kata exco BADAR, kita kene masuk ngan mad’u.. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan pada ana mudah masuk ngan mereka-mereka tu.. Banyak gak citer dapat dari diorang. Yang selalu ana dengar, badar tahun nie tak bape nak tegas.. Statement ni selalu dikaitkan dengan kepimpinan PB dan PH. Ana tak naklah pertikaikan pasal kepimpinan. Insya-Allah, mereka dah buat tugas mereka sehabis baik. Tapi, ana nak timbulkan satu persoalan.. Bila Badar tegas, nanti kate Badar ni syadid. Bile Badar lembut, ade jugak pertikaian. Uslub camne yang mereka nak sebenarnya?? Hmmm, susah betul nak puaskan hati mad’u nih..

Second, badar selalu tekankan perkara yang berat-berat.. Yang ni maybe dah biase dengar kot. Cikgu-cikgu pun selalu cakap mende nih. Diorang cakap kat ana isme-isme tu terlalu berat. Selalu cakap pasal wujudkan daulah tapi bilik pon kotor. Datang sekolah lambat gak. Diorang nak suruh badar ajar cara solat yang betul, zikir, & ... bagi ana perkara yang remeh-temeh.. Ana pon x faham lah.. Ulama’ dahulu berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu. Tapi, orang dah kasik ilmu pon nak pertikaikan jugak ke?? (ayat cam x puas ati jer)

Next, uslub tak betul.. mad’u-mad’u kite ni pilih kasih sket.. ngan exco ni, boleh terima ape yang disampaikan. Tp, ngan exco ni, x nak terima apa-apa pon. Exco cakap tak faham.. exco cakap ikut kepala sendiri. Exco tegah tapi exco buat gak... Untuk nie, ana taknak ulas pape..

Sahabat, kita nie hanyalah manusia biasa yang tak lari daripada kekurangan. Yang sempurna hanya lah Allah. Usah pertikaikan sesuatu yang ada dihadapan kita. Tapi, bantu untuk jadikan ia sempurna. Ones say, The fact that no one is perfect is true. But, we should try to make it perfect.

Sorilah pada sesiapa yg terasa. Sume ni ana amik dari mulut orang yg mengadu kat ana.. So, jangan blaim ana...

Wallahua’lam..

Monday, June 08, 2009

API NERAKA DICUCI 70 KALI..

Diceritakan dalam sebuah hadis, Allah mengutuskan malaikat Jibril AS menemui malaikat Malik dengan tujuan supaya malaikat Malik dapat membawa api kepada Nabi Adam supaya dapat digunakan untuk memasak.
Malaikat Jibril berkata; Wahai Malik, aku diutuskan Allah untuk mengambil api neraka bagi kegunaan Nabi Adam.
Malik menjaga pintu neraka bertanya; Wahai Jibril, berapa banyak yang kamu inginkan? Berkatalah Jibril; Sebesar biji kurma. Kemudian malaikat Malik berkata; tahukah kamu wahai Jibril bahawa andai kata aku diberikan kepada kamu api neraka sebesar biji kurma maka akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan oleh kepanasan api neraka tersebut.
Dan Jibril berkata lagi; jika begitulah yang akan terjadi, maka berikanlah kepadaku separuh daripada biji kurma. Kemudian malaikat Malik berkata; andai kata aku berikan separuh daripadanya sebagaimana yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan walau setitik pun kerana kepanasan api neraka tersebut dan ini akan menyebabkan bumi tidak akan ditumbuhi oleh tanaman serta kering-kontang.
Mendengar penjelasan malaikat Malik itu, Jibril pun berdoa kepada Allah memohon petunjuk. Berkatalah Jibril; Wahai Tuhanku…Sebanyak manakah yang sepatutnya aku ambil api neraka?
Kemudian Allah berfirman; ambillah sebesar biji sawi. Kemudian Jibril mengambil sebesar biji sawi dan membawanya ke syurga untuk dibasuh di 70 buah sungai yang berada didalamnya. Kemudian dia turun ke bumi dan meletakkan di atas gunung yang tinggi. Sebaik sahaja Jibril meletakkannya maka larutlah gunung tersebut menjadi rata dan api itu kembali semula ke tempat asal dan yang tinggal hanyalah asapnya yang melekat pada batu.
Daripada apa yang digambarkan, jelaslah bahawa api neraka sangat panas. Ada riwayat mengatakan bahawa malaikat Jibril datang bertemu Rasulullah SAW dan baginda bertanya kepadanya; Wahai Jibril, terangkan kepadaku tentang sifat-sifat api neraka.
Kemudian malaikat Jibril berkata; sesungguhnya Allah menjadikan neraka dan menyalakannya selama 1000 tahun hingga menjadi merah menyala. Kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga menjadi warna putih. Ia dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelap gelita. Tidaklah padam nyalaannya dan tidak pula mati baranya.