Sunday, February 21, 2010

Umar menjadi contoh..

Pada suatu malam yang tenang, kedamaian menyelimuti mereka yang sudah kembali ke peraduan. Seorang lelaki bangun meninggalkan selimutnya. Dia bangkit lantas keluar menyusuri lorong-lorong yang sepi. Sesungguhnya, lelaki itu tidak boleh tidur. Dia bimbang jika ada musafir yang tidak menemui tempat berteduh, orang sakit yang ketiadaan ubat serta orang yang kelaparan dan tidak menemui sesuatu untuk mengalas perut. Bahkan dia berasa bertanggungjawab terhadap segala urusan rakyat yang mungkin dia terabai.

Lelaki itu ialah Amirul Mukminin, Umar bin Khattab.

Tidak pernah walau sesaat fikirannya melupakan rakyatnya. Betapa bimbang jika rakyatnya menghadapi sebarang masalah. Betapa bimbang jika dia mengabaikan tugasnya, Allah akan menyoalnya di akhirat. Apa yang akan aku jawab di hadapan tuhanku nanti jika ditanya mengapa..

Itulah sifat yang perlu kita contohi. Walaupun kita sedia maklum Saidina Umar merupakan seorang yang tegas, namun disebalik ketegasannya itu kecintaan terhadap rakyatnya sangat tinggi.

Begitulah hebatnya seorang pemimpin Islam. Yang memimpin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap saat dan tiap perkara yang dilakukan pasti memilkirkan kesan yang akan diterimanya. Pemimpin Islam yakin bahawa janji Allah pasti berlaku tidak kira bila dan bagaimana.

Dalam melakukan setiap pekerjaan, pemimpin Islam pasti meletakkan al-Quran di tangan kanannya dan as-Sunnah di tangan kirinya. Melakukan setiap perkara dan perintah hanya berlandaskan kedua-duanya. Tidak meninggalkan syariat walau dalam apa jua perkara.

Sejarah membuktikan hanya islam mampu menyatukan umat walau berbagai bangsa dan agama.

Kembalilah kepada Islam yang sebenar.

No comments: