1) Menghambakan dirinya kepada tuhan dengan menolong agama dan negeri, itulah sebab manusia dicipta ke alam ini.
2) Merebut kemenangan di negeri akhirat yang akan diduduki dengan menjual jiwanya, hartanya dan usahanya semata-mata kerana Allah dan untuk mencapai redha-Nya. Itulah sebesar-besar kemenangan bagi diri mukmin.
3) Mengenal diri sebagai hamba tuhan, membezakan pekerjaan hamba dan tuhan, mengetahui akan kebinasaan seorang hamba dan Tuhan Yang Maha Kekal.
4) Iktikad bagi tentera-tentera Muslim yang mati di medan peperangan, hakikatnya bukanlah mati bahkan mereka hidup berjaya lagi mulia kerana dianugerahkan syahid.
5) Yakin dengan pertolongan Allah. Pertolongan dari Allah itulah sebab bagi kemenangan yang berkekalan.
Sumber, buku Semangat perajurit-perajurit muslim karangan Maulana Abdullah Awang Nuh.
No comments:
Post a Comment