Tidak berapa lama dahulu,saya,abi dan ummi pergi ke hutan untuk berjogging. Saya gembira di sana. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah sahabat baru yang saya temui ketika kami beristirehat. Ia sangat kecil,tapi amat bermakna bagi saya. Saya tidak akan melupakan sahabat kecil saya ini.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia. Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yang riang. Ia datang kepada saya dan terbang mengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya berasa sangat takut disengat kerana ia terlalu hampir. Saya menjerit,” Jangan! Tolong jangan sengat saya. Saya tidak mahu dicederakan!”. Sesuatu yang aneh telah berlaku, apabila lebah itu mula bercakap dengan saya.
Lebah : Saya tidak mahu menyengat kamu. Saya hanya ingin bekawan dengan kamu.
Rauf : Betulkah? Saya sangat berbesar hati.
Lebah : Biar saya memperkenalkan diri saya. Saya ialah lebah pekerja. Saya tinggal di dalam batang pokok bersama beribu-ribu sahabat saya.
Rauf : Wah! Kamu mempunyai sahabat yang ramai. Bagaimana kamu dan sahabat-sahabat kamu meluangkan masa kamu?
Lebah : Kami membersihkan sarang kami, mengumpulkan makanan dan membawanya ke sarang, menghasilkan jeli diraja, memanaskan sarang serta mengawalnya.
Rauf : Tidakkah kamu merasa letih melakukan itu semua?
Lebah : Tidak. Kami lebah-lebah pekerja membahagikan tugas-tugas di dalam sarang dalam kalangan kami. Kerana itulah kami tidak merasa letih. Contohnya, hari ini saya membina indung-indung untuk menyimpan madu.
Rauf : Ada satu benda yang membuatkan saya tertanya-tanya. Bagaimana kamu dilahirkan?
Lebah : Mungkin kamu pernah mendengar bahawa terdapat seekor ratu di dalam setiap gerombolan lebah madu. Lebah ratu ialah lebah betina yang paling besar di antara lebah betina yang lain. Ia mengeluarkan telur pada masa-masa tertentu. Tetapi kami tidak menetas daripada telur-telur ini serta merta. Apa yang menetas daripada telur –telur ini ialah ulat putih yang dipanggil larva. Tanpa mata, sayap atau kaki. Ia sedikit pun tidak kelihatan seperti kami. Untuk beberapa lama ia kekal terbungkus di dalam sebuah kepompong. Dalam masa yang sama, ia diberikan makan secukupnya dan kemudian berubah daripada kepompong menjadi seperti saya.
Rauf : Ia amat menakjubkan! Saya masih tertanya-tanya tentang satu perkara. Dalam keadaan begitu sesak, apakah tidak berlaku kekeliruan dalam sarang kamu?
Lebah : Tidak pernah. Sebaliknya, ia sangat teratur. Beribu-ribu lebah tinggal bersama di dalam keadaan harmoni sambil melakukan kerja-kerja kami.
Rauf : Ia sangat menarik. Saya masih tidak faham bagaimana kamu dapat berkeadaan teratur sedangkan jumlah kamu terlalu banyak. Abi saya pengurus bangunan kami dan dia menghadapi kesukaran untuk menjaga ketertiban di sana. Tetapi kamu menyatakan kamu tidak mempunyai masalah seperti ini.
Lebah : Memang patut kamu berasa terperanjat . kami tahu, pakar-pakar sains juga terperanjat dan mencari jawapan kepada persoalan bagaiman ketertiban ini dijaga.saya boleh memberitahu jawapan ini dengan pantas. Kami mempunyai tugas-tugas tertentu. Kami bekerja keras dan melakukannya sebaik mungkin serta kami cuba tidak mengganggu ketertiban di dalam sarang.
Ketika mendengar lebah pekerja ini dalam keadaan kehairanan, saya mendengar ummi memanggil. “Rauf! Rauf! Dimana kamu?”. Masanya untuk saya beredar.
Rauf : Ummi saya sudah memanggil saya. Saya rasa saya perlu beredar sekarang. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan kamu. Terima kasih di atas semua yang telah kamu ceritakan kepada saya.
Lebah : Saya juga gembira denga kehadiran kamu. Mungkin, kita boleh bertemu lagi. Bagaimana kalau bertemu lagi di sini minggu depan? Jika kamu suka, saya boleh membawa kamu ke sarang kami dan tunjukkan kamu indung-indung madu.
Rauf : Ia tentu hebat! Tetapi, sudah tentu hanya jika ibu bapa saya bersetuju untuk datang lagi ke mari.
Lebah : Baiklah, semoga dapat bertemu minggu hadapan.
Sebaik sahaja saya sampai ke rumah, saya mengeluarkan ensiklopedia haiwan yang ayah hadiahkan kepada saya. Saya menyelak halaman-halaman dan menemui bahagian tentang lebah madu. Benda pertama yang menarik perhatian saya ialah gambar kecil seekor lebah madu. Saya telah mula merindui sahabat kecil saya..
Saya mengambil buku dan pergi kepada abi. Saya memberitahu segala yang telah saya pelajari dan bertanya bagaimana lebah-lebah dapat melakukan semua ini. Sambil tersenyum, abi menepuk kepala saya dan berkata:
Abi : Kamu memang betul. Kita melihat kebijaksanaan dan kesenian yang hebat dalam lebah-lebah ini. Tetapi adakah ia hanya berada dalam lebah? Sebenarnya, terdapat aturan yang sempurna yang terdapat dalam semua haiwan dan lebih daripada itu.
Rauf : Sekarang saya memahaminya dengan lebih baik,abi. Allah mendorong lebah-lebah untuk bertindak dengan cara yang menakjubkan. Allah sangat mengasihi kita dan Dia mendorong lebah-lebah menghasilkan madu yang mengandungi ciri-ciri perubatan untuk kita. Sungguh menarik mempelajari tentang kemurahan Allah.
Abi : Jika kamu mengkajji semut atau nyamuk, unta, burung, ikan, bunga, pokok, bintang, ringkasnya, semua yang ada di bumi, kamu juga akan merasa kagum dengan kesempurnaan yang kamu saksikan pada mereka. Semua ini menunjukkan bahawa seluruh alam semesta diatur oleh satu kesenian yang hebat. Ini adalah kesenian Allah, yang menjadikan kamu, abi dan ummi kamu. Allah adalah tuhan kepada semuanya.
Abi memang betul. Tidak dapat diragui lagi bahawa semua kebijaksanaan yang kita saksikan di sekeliling kita mempunyai seorang Tuhan Yang Maha Kuasa. Saya berfikir sendiri, “Allah adalah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Pencipta segalanya”. Saya telah menemui jawapan kepada semua persoalan yang mengganggu saya. Lebah tidak mempunyai kebijaksanaanyang dipamerkannya. Adalah mustahil bagi mereka untuk memiliki kebijaksanaan seperti ini. Mereka bertindak dengan dorongan Allah kerana itu mereka mempamerkan kebijaksanaan yang tinggi yang memeranjatkan kita.
Rauf : Abi, adakah kita akan berjogging di hutan lagi hujung minggu ini?
Abi : Sebenarnya, abi tidak merancang untuk ke sana. Tetapi, jika kamu mahu, mengapa tidak?
Saya amat berbesar hati dan gembira mendengarnya. Saya tidak sabar bertemu dengan lebah madu yang bercakap dengan saya itu lagi.
Lebah : Selamat datang. Saya gembira bertemu dengan kamu lagi. Saya akan berpegang pada janji saya dan akan menunjukkan kepada kamu indung-indung madu saya hari ini.
Rauf : Hebat! Kamu tahu tak? Saya telah menghabiskan masa sepanjang minggu memikirkan tentang indung-indung madu kamu yang menakjubkan itu. Saya tidak sabar untuk melihatnya.
Daripada sebatang pokok beberapa langkah dari situ, kedengaran satu bunyi dengungan yang sangat menakjubkan. Saya mungkin tidak berani pergi ke sana jika tiada sahabbat kecil ini yang menemani. Saya masih ingat, disebalik bunyi dengungan itu, terdapat aturan yang hebat di dalamnya. Lebah madu adalah salah satu di antara haiwan yang kuat bekerja di alam ini.
Sahabat kecil saya menunjukkan sel-sel indung madu. Ia diperbuat dengan begitu rapi. Sel-sel berbentuk heksagon itu begitu kemas dan sempurna. Saya bertanyakan sahabt saya tentang garis panduan membina sel indung madu heksagon. Dia memberitahu saya bahawa ketua lebah iaitu lebah yang paling berumur, dapat memberikan saya jawapan yang tepat. Dia kemudian memanggil ketua lebah berkenaan.
Ketua Lebah : Ketika kami membuat sel heksagon, kami memberikan perhatian istimewa kepada sudut dalaman sel-sel indung. Kami memastikan semuanya 120 darjah. Di sampinng itu, kecondongan sel-sel ini ke tanah juga amat penting. Jika kami meitikberatkan titik lain adn meninggalkan titik ini, sel tidak akan menjadi bentuk yang sepatutnya dan semua madu yang kami simpan di dalam indung akan melimpah keluar ke tanah.
Rauf : Bagaimana lebah madu melakukan kerja ini tanpa melakukan sebarang kesilapan? Bagaimana kamu menetapkan sudut 120 darjah tanpa menggunakan sebarang peralatan? Saya bertambah kagum dengan kamu sekarang..
Ketua Lebah : Jangan kagum dengan kami. Kami tidak melakukan perkara ini sendirian. Ia adalah kemahiran semulajadi kami. Dengan kata lain, kami dilahirkan dengan kemahiran-kemahiran ini. Kami tidak menerima sebarang latihan atau yang seumpamanya.
Rauf : Kamu memperlihatkan kebijaksanaan yang hebat. Setiap orang perlu mempelajari perkara-perkara yang kamu lakukan. Saya ingin menyoal kamu beberapa perkara jika kamu benarkan.
Ketua Lebah : Sudah tentu...
Rauf : Mengapa kamu membina indung-indung kamu dalam bentuk heksagon?
Ketua Lebah : Jika kami membuat sarang ini dalam bentuk lain, akan ada ruang-ruang yang tertinggal yang tidak digunakan di antara sel-sel itu. Dengan itu, kami hanya dapat menyimpan kurang madu dan terpaksa membazirkan lilin untuk menampal jurang. Sebenarnya, kami juga boleh menyimpan madu di dalam bulatan atau segi tiga. Tetapi, heksagon adalah satu bentuk yang mempunyai ukur lilit terpendek.walaupun mempunyai keluasan yang sama dengan bentuk-bentuk lain, tetapi kami menggunakan kurang lilin untuk membuat sel-sel heksagon berbanding bentuk bulat dan segi tiga. Dengan kata lain, kami boleh menyimpan jumlah madu yang maksimum dengan menggunakan jumlah lilin yang minimum.
Saya tidak dapat mempercayai apa yang saya dengar. Saya sedang memppelajari pelajaran kejuruteraan daripada seekor lebah madu yang kecil. Terdapat banyak lagi yang ingin saya tanyakan. Tetapi, hari sudah lewat. Jadi, kami meninggalkan ketua lebah dan berjalan menuju ke arah abi.
Rauf : Saya telah mempelajari banyak perkara daripada kamu dan lebah-lebah madu yang lain. Sekarang saya sedar sebelum ini saya tidak menyedari keindahan yang wujud di hadapan mata saya. Kamu telah mengajar saya bahawa terdapat aturan yang sempurna di dalam alam semesta ini. Mulai sekarang, saya harap saya akan dapat mengenal pasti semua kesempurnaan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada kamu.
Lebah : Tidak mengapa sahabatku. Jangan lupa bahawa tiada satu apa pun kesempurnaan ini milik kami. Kami hanya melakukan apa yang diajar kepada kami. Selamat tinggal..
Sebaik sahaja meninggalkan lebah, abi memanggil nama saya. Hari sudah lewat. Saya segera kembali bertemu dengan abi tetapi fikiran saya masih tertumpu pada sahabat kecil saya. Sebaik sahaja saya memasuki kereta, saya terlihat seekor rama-rama. Ia mempunyai gabungan warna yang hebat, harmoni dan simetri pada sayap-sayapnya. Saya memutuskan untuk pergi ke perpustakaaan esok untuk melakukan kajian ke atas rama-rama.
Seseorang itu tidak akan dapat menghitung keindahan-keindahan yang dijadikan Allah. Saya menyedari kini bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
Saturday, September 26, 2009
Wednesday, September 23, 2009
Eid Mubarak!!!
Bismillahirrahmanirrahim..
-my family-
Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi beraya walaupun sibuk dengan SPM yang semakin hampir.. Tahun ni ana dapat berkunjung ke rumah sanak-saudara(sebelah ayah kebanyakkannya).. Tapi, tahun ni ada sedikit kekurangan kerana akak ana tidak dapat menyambut Syawal bersama-sama.. Inilah salah satu cubaan bila usia semakin meningkat dewasa.. Bila bekerja jauh daripada keluarga.
-my family-
Sunday, September 20, 2009
Ilal Liqa'..
Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan kita untuk mengecapi nikmat sebulan Ramadhan. Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan serta pengampunan. Tapi, cuba kita muhasabah balik.. Apakah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik?? Dapatkah kita mengutip segala nikmat dan ganjaran yang dijanjikan di bulan ini? Tepuk dada, tanya iman..
Berlalu Ramadhan tibalah pula satu bulan yang dikurniakan Allah buat hamba2-Nya untuk bergembira setelah sebulan menahan diri iaitu bulan Syawal. Jika kita perhatikan,bulan ini lebih ditunggu-tunggu berbandingkan dengan bulan Ramadhan. Baru 1 Ramadhan, lagu raya sudah diputarkan di corong-corong radio. Baju raya, kuih raya dan hidangan hari raya telah di fikirkan sejak sebelum Ramadhan lagi. Apakah ini yang seharusnya berlaku? Apakah persediaan Ramadhan kita se’detail’ persiapan kita menyambut Syawal? Jika tidak, muhasabah kembali diri kita dan berdoa agar kita dipanjangkan umur dan bertemu Ramadhan akan datang..
Wallahu a’lam..
Berlalu Ramadhan tibalah pula satu bulan yang dikurniakan Allah buat hamba2-Nya untuk bergembira setelah sebulan menahan diri iaitu bulan Syawal. Jika kita perhatikan,bulan ini lebih ditunggu-tunggu berbandingkan dengan bulan Ramadhan. Baru 1 Ramadhan, lagu raya sudah diputarkan di corong-corong radio. Baju raya, kuih raya dan hidangan hari raya telah di fikirkan sejak sebelum Ramadhan lagi. Apakah ini yang seharusnya berlaku? Apakah persediaan Ramadhan kita se’detail’ persiapan kita menyambut Syawal? Jika tidak, muhasabah kembali diri kita dan berdoa agar kita dipanjangkan umur dan bertemu Ramadhan akan datang..
Wallahu a’lam..
Subscribe to:
Posts (Atom)