Friday, April 08, 2011

Kata Hati



Alhamdulillah, beribu, berjuta, infiniti kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi.. Walau berbagai halangan dan rintangan yang kami hadapi, Alhamdulillah program masih mampu diteruskan.. Syukur yang amat..

Nampak kecil tapi kesilapan tetap kesilapan. Semalam aku ditarbiyah. Tarbiyah direct dari-Nya. Terima kasih Allah.. =)

Program pertama yang aku handle. Program pertama sebagai pengarah. Anak kecil yang masih bertatih, baru belajar untuk berjalan, memang kadang akan terjatuh.

Mulanya aku hampir berputus asa. Hampir mengalah. Ah, nisa’…. Mudahnya mengalah… Melihat insan di sekeliling yang sentiasa support, semangat aku kembali bertambah. Abg2 maintenance yg byk membantu, JPK n Seki yg sentiasa ikut arahan, pihak pentadbiran, ustaz, En Meor terutamanya.. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan mereka kepadaku..

Post mortem, agak teruk gak kena tibai. Haha. Xpe, belajar nisa’.. Terima kasih ustaz sbb tolong masa post mortem.

Balik program, semangat sedikit luntur. Kepala pening [tambah sbb kena hujan semalam].. Tergerak hati utk letak jawatan. [tergelak].. Ah nisa’, lemahnya.. Baru diuji sedikit dah mengalah.. Kembali semula melihat matlamat aku. Yer, si mujahidah memang akan diuji. ^__^

Terima kasih Allah.. Jadikan aku si mujahidah yang sentiasa rindu tarbiyah dari-Mu..
Terima kasih kpd semua pihak yg sentiasa berada di samping ku.. Menghulurkan tangan saat aku hampir terjatuh..
Terima kasih…



No comments: