Kadang2, memang rasa letih, penat, lemah, n mcm2 lagi dlm mengharungi sedikit mehnah dari Allah..
tapi, knp Dia masih memberi kita ujian itu?
kerana, sesungguhnya Allah mengetahui bhw kita mmpu tuk lakukannya..
cuba selami hati dan jiwa, disitu letaknya taqwa sbgai pendinding..
Bila diuji, hati terdetik; 'knp aku diuji? aku x mampu..'
Ayuh selami kisah perjuangan para sahabat.. Bilal bin Rabbah, disiksa kerana keIslamannya.. Dihempap dgn batu, beliau tetap teguh mempertahankan aqidahnya.. Sedangkan keIslamannya masih baru.. Dibandingkan dgn kita, yg telah mengenal Islam sejak lahir..
Itulah beza insan yg mempunyai 'ruh' dlm ibadahnya..
Awal kedatangan Islam, Rasulullah menekankan aspek aqidah.. Kenapa? Kerana aspek ini merupakan aspek rohani, yg memainkan peranan utama..
Jika pegangan masih tidak kukuh, teraba-raba, bagaimana ingin membentuk diri muslim sejati? Seperti rumah, jika asasnya tidak kukuh, maka mudahlah utk roboh..
Mencari 'ruh' dalam ibadah
Pernah x terlintas, knp org yg solat masih buat dosa? Sedangkan solat itu dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar..?
Kerana tiada penghayatan dalam beribadah..
Jika tiada penghayatan, maka sia-sia sahajalah perbuatan kita..
Memang benar, solat bagus utk kesihatan tubuh badan n sebagainya.. Tapi itu bukan fokus utama solat..
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya," [107: 4-5]
Apa yg kita tempuhi hari ini, itu adalah tarbiyah dari Allah..
Jika hari ini kita diuji dgn kesibukan duniawi, test, kertas kerja kena buat n mcm2 lagi hingga terasa x larat, ingatlah bahawa itu tarbiyah dari Allah..!
Rasulullah dulu lebih hebat mehnah yg Baginda hadapi..
'tapi Rasulullah kan Nabi!! Aku ni manusia biasa.. Mane mampu!!'
Yer, memang Rasulullah tu Nabi, tapi Baginda tetap manusia.. Knp Allah x jadikan Nabi dari kalangan jin? Allah jadikan nabi dari kalangan manusia supaya kita mampu utk mencontohi mereka..
Sekadar renungan..
Wallahu a'lam..
p/s:
- berusaha mencontohi Rasulullah dalam setiap aspek kehidupan.. Cabaran si daie mmg x pernah berhenti kerana tempat rehatnya hanya di Syurga..
No comments:
Post a Comment