Wednesday, March 23, 2011

buat daie kecil

Adik2, ikhwan akhawat yg dikasihi sekalian,
Hari ini, hari bersejarah buat antum..
Menjadi sebahagian penyumbang kejayaan Bumi Waqafan.
Menjadi kebanggaan para pendidik.
Memberi kebahagiaan buat kedua ibu bapamu..

Bermula hari ini jugalah antum akan menentukan masa depan masing2.
Memilih menara gading mana yg ingin ditakluki.
Ingatlah duhai si daie,
Perjuangan hari ini tidak sama seperti perjuangan semalam..
Perjuangan esok, penuh onak dan ranjau..
Jika di bumi itu dulu, perjuanganmu pada mereka yg mengerti.
Tapi hari ini, pelbagai ragam buatmu..

Buat si daie kecil,
Jika dulu kamu hebat di musolla Saidina Ali,
Tak ada jaminan kamu akan hebat di dunia luar yg penuh cabaran..
Semoga tarbiyah 2 tahun itu mampu menjadikan kalian insan yg diredhai Allah..

Apa jua yg antum peroleh hari ini bukan segala-galanya
Jika tiada amal yg turut serta..
Apa guna ilmu tanpa amal.
Apa jua yg antum peroleh hari ini,
Jangan pernah merasa kecewa atau bangga.
Kerana itu dari-Nya..
Redha dan syukurlah kerana itu lebih dekat kpd taqwa..


Sedikit pesanan buat si daie waqafan dari si mujahidah waqafan..

1 comment:

Anonymous said...

شكرا kak...