Tuesday, March 01, 2011

Kisah hari ini,,

Alhamdulillah, diri masih terus berusaha mengisi hati agar tidak gersang. Hari ini sahaja, mendapat terlalu banyak ilmu baru. Tarbiyah dan tazkirah, direct dari Allah untuk kehidupan yang penuh onak dan cabaran..

Ptg td, kelas dibatalkan.. Tetiba ada la sorang member ni nak gi pekan.. Kluar duit.. Masa tu, dah balik bilik.. Perasaan malas membuak-buak.. Muhasabah diri balik.. Isy, xboleh2.. Kena teman juga. Takkan nak biarkan kes hari tu berulang.. Biarla aku n Qilah je yg merasai.. Maka, pergi la berlima.. Bak kata Ummi (mak Qilah); walau malas sekalipun, kena rajinkan diri..

Akibat keletihan, tertido.. Bgn2, teringat yang hari ni ada kuliah ustaz.. Bergegas bersiap.. Walaupun x ramai, tapi tetap x lunturkan semangat ustaz tuk sampai kn ilmu.. Hari ni, dapat ilmu mengenai tafsir surah al-Falaq..

Ada pendapat yg mengatakan surah ni diturunkan bersama surah an-Nas.. Sbbnya, 2-2 tu surah Mu'awwizatain (surah yg bermula dgn 'katakanlah aku berlindung').. Pada zaman Rasulullah, ada seorang tukang sihir bernama Labis telah menyihir Baginda dengan mengambil 11 helai rambut Baginda lalu diikat dan disihirkan. Rambut tesebut diletakkan di sebuah telaga bernama Zarwan. Disebabkan sihir itu, Baginda berasa was2 dalam perbuatannya. Maka, turunlah Jibrail menceritakan hal sebenar serta mengajar Baginda surah al-Falaq. Kemudian, Baginda pergi ke telaga Zarwan tadi untuk mengambil rambut Baginda yg diikat dan dibacakan surah al-Falaq sebanyak 11 kali sambil meleraikan helaian rambut itu satu persatu..

Sebenarnya, sihir ini diajarkan oleh malaikat Harud n Marud agar manusia dan jin boleh berkawan serta saling bantu membantu.. Namun, telah disalah gunakan. Sehingga sekarang, Yahudi masih mempunyai warisan sihir tersebut. Dikatakan, sihir itu terdapat dalam bahasa kuno Yahudi iaitu bahasa kitab Injil dan Zabur..

Antara pengajaran daripada surah pendek ini, letakkan sepenuh perlindungan hanya kepada Allah.. Ada ulama' mentafsirkan perkataan al-Falaq sebagai 'waktu Subuh'. Ada juga yg mengatakan 'kedatangan waktu malam'. Dikatakan al-Falaq ini, waktu dekat dengan waktu gelap. Apabila malam (gelap), biasanya manusia hilang pergantungan kepada makhluk lain. Merasakan diri dalam bahaya.. Maka, pergantungannya hanya kepada Allah.

Surah ini juga boleh diamalkan untuk melindungi diri daripada penyihir (Surah al-Falaq, ayat 4).. Menuru ulama', penyihir ni biasanya wanita berikutan perkataan 'Nafasaat'- tukang sihir perempuan.. [Ada juga yg mengatakan perkataan 'Nafasaat' tu merujuk kpd anak perempuan Labis (penyihir Rasulullah)]..

Surah al-Falaq, doa untuk memohon perlindungan daripada Allah dari sifat pelik n rahsia.. Manusia, x mampu mempertahankan diri melainkan dgn izin Allah..
-Sedikit perkongsian-
^__^

p/s:
- ustaz kata, kalau ada sesiapa terkena gangguan jin, [tadah tangan -> baca surah al-Falaq -> hembus pada tapak tgn -> sapu dari muka hingga kaki org yg terkena sihir tu ].. Perkara utama masa lakukan, keYAKINan sepenuhnya pd Allah.

- Baru taw 'angin ahmar' tu wujud dari zaman Nabi Sulaiman.. n 'Ahmar' tu 1 makhluk..

- sewaktu Islam perintah Cordova, buah Za'faran digunakan sebagai dakwat n merupakan dakwat warna yg pertama di dunia.. [dakwat warna diperkenalkan oleh Islam!!]

Wallahu a'lam..
[ini je yg sempat di salin.. mana syg salah, harap betulkan.. pesanan Baginda; sampaikan dariku walau 1 ayat]

2 comments:

Anonymous said...

harut marut...blh rujuk baqarah m/s 16,ayat 1st skali...x igt n mls nk tgk ayat brape...:D

thepioneer said...

upss, salah eja.. thanx..
[ayat 102]