Sedang menikmati cuti yg 'sedikit' membosankan.. ditengah kehangatan cuti ni, dapat pulak berita yg tak jadi pindah Tapah, kena pindah Shah Alam semula. Ada yg happy, ada gak yg sedey.
Tak berape lama, dengar cite lagi, kena pindah Tapah semula. Kampus yg disediakan khas utk pelajar Fakulti Sains Komputer & Matematik terutamanya.. Jadi isu lagi~~
Tapah ke, Shah Alam ke, penting ke semua tu??
Mungkin bagi insan yg tak biasa berjauhan dengan mak ayah, itu adalah satu isu besar dalam diri..
Okeyla, mungkin bagi aku itu akan menjadi isu bila nak balik kampung yang tercorok ni kan.. Ye la, daerah tercorok sangat sampai agak sukar mendapatkan bas..
Tapi, bila difikirkan semula tujuan asal aku ke universiti tak lain tak bukan adalah tuk menimba ilmu. Then, whats the prob..?
Kalau dulu Imam Syafie sanggup bermusafir beribu batu, menumpang kabilah yg nak berdagang tuk mencari ilmu, kita pulak sekarang ni juz naik kereta je. Highway pun dah ada. Setakat kena pindah ke Tapah, dah nak keluar perkataan2 yg tak sepatutnya.. Tak boleh ke nak bersusah sikit tuk dapatkan seciput ilmu?
Ask ur self.. Datang kata nak belajar tapi kalau nak berkorban sikit pn tak boleh,,... Hmmm, tepuk dada tanya iman la..
No comments:
Post a Comment