Saturday, August 07, 2010

Tomyam Oh Tomyam...

Kisah ini di adaptasi dari filem '4 budak x matang'..

Watak utama:
1) Ms. N
2) Ms. S

Watak sampingan:
1) Ustz. NA
2) Ms. P
3) Ms. M

*****************************************************************************

Kisahnya bermula,,,,,,

"Ustazah, boleh tak masak tomyam ayam? Ayam ni dah potong." kata Ustz NA..
Berbekalkan keyakinan 200% dan dgn mantapnya Ms. N berkata, "InsyaAllah,boleh!!!".
Ustz NA lantas berlalu pergi...

Setelah Ustz NA pergi, keempat-empat budak x matang itu berbincang cara utk memasak tomyam ayam yg tidak pernah mereka masak sblm ini (juz nengok mak masak).. Insan yg paling bersemangat utk menunjukkan skillnya ialah Ms. N..

Ms. N lantas membersihkan ayam sehingga bajunya berbau ayam. Manakala Ms. S memotong bawang dah menyediakan apa yg patut. Di satu sudut, Ms. P dan Ms. M berpenat lelah memikirkan cara dan helah utk melembutkan doh cekodok mereka..

"Ms N, camne nak masak ni? Aku x reti.. Nak masuk apa dulu?" tanya Ms S dgn penuh kerisauan.
Dgn muka selamber n rileksnya, Ms N berkata, "masukkan bawang dulu. Pastu tumis....". Ms N menerangkan langkah2 memasak tomyam dgn yakinnya.

"Korg, kitorg nak naik atas dulu. Nak mandi." ujar Ms P dan Ms M. Maka tinggallah dua insan di dapur utk melaksanakan misi mereka iaitu memasak tomyam.

"Adik nak masak apa ni?" tanya seorang mak cik yg baik hati dan peramah itu. "Masak tomyam." jawab Ms S. Disebabkan rasa belas kasihan yg amat (akibat melihat muka 2 budak kecik yg terkial-kial nak masak), mak cik tu tolonglah menumis bahan2 utk membuat tomyam.

"Ms S, selamat kita." ujar Ms N. Setelah menumis, mak cik tu pun pergi meninggalkan 2 budak kecik itu (tp mak cik tu dah ajar dulu la langkah seterunya). Selepas beberapa minit Ms N menuang air ke dalam periuk, Ustz NA dtg meninjau. "Ustazah, boleh x siap lg sepuluh minit?" tanya Ustz NA. Ms N terkebil-kebil berfikir. Baru letak air. Mane sempat nak mendidih dlm masa sepuluh minit. Ustz NA berlalu (mungkin kerana penat menunggu Ms N memberi jwpn yg x muncul2). Sebelum itu, Ms S memberitahu bahawa mereka telah kehabisan gula utk membuat air.

Beberapa juta saat kemudian, Ustz NA dtg semula dgn mmbawa gula dan sambal. Setelah mereka pergi, Ms N dan Ms S hampir terguling-guling gelak kerana Ustz NA membeli gula halus. Haruskah mereka membancuh air utk bilangan yg agak byk dgn menggunakan gula halus??

-kembali ke kisah tomyam-

Akhirnya, Ms N dan Ms S telah berjaya melahirkan tomyam yg sangat hebat rasanya (walaupun ini adalah kali pertama mereka masak tomyam).. Namun begitu, mereka telah melupakan kewujudan si serai. "Ms S!! Kita lupe letak serai lah..". Dgn nada ceria, Ms S berkata, "ala, campak je dalam periuk tu. Kan still panas lg"..

Akibat kepenatan memasak dari pagi, Ms N naik ke kawasan istirehat lebih awal berbanding Ms S, Ms P dan Ms M. Sewaktu Ms P naik ke kawasan istirehat, dye berkata, "Ms N, ko kan yg bersihkan ayam?".. Ms N kepelikan. "nape?".. "Kitorang dah buang semua kaki ayam..". Kepelikan Ms N berganda-ganda. "Ko taw x, ko x buang **** ayam tu".. Dgn muke selamber Ms N berkata, " korang taw x nape perkara itu terjadi? sbb aku siang ayam gune pisau potong kek."....

Itulah kisah apabila budak2 kecik yg x matang bajet boleh melakukan semua perkara. (sebenarnya ego tinggi. malu nak ckp kt Ustz NA yg mereka x reti masak tomyam)..Ape pun, mereka telah melahirkan satu lauk yg best dan belajar byk perkara..

kisah ini telah diubah suai sesuka hati oleh pengarah cerita; KnZ..

1 comment:

amierul said...

hak3..ni ke ceritanya..mmg sengal la as what ko told kat aq..huk3