Thursday, April 22, 2010

Al-Quran VS Taurat : Bumi

Kalau dikaji surah az-Zumar ayat 21;
“Tidakkah engkau lihat bahawa Allah turunkan air dari langit, lalu Ia salurkan ia disumber-sumber di bumi kemudian Ia keluarkan dengannya tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam warnanya ........”.

Hari ini, kita tidak hairan dengan penjelasan yang sedemikian tetapi kita jangan lupa bahawa fakta ini tidak terdapat pada masa yang lampau. Hanya pada abad ke-15 dengan penemuan Bernard Palissy, dapat kita fahami peredaran air dengan lengkap. Peredaran air (air disejat dari laut, jadi awan, jatuh menjadi hujan dan diserap ke dalam tanah, kemudian menjadi sungai dan kembali semula ke laut). Sebelum Palissy, peredaran air tidak difahami dan teori yang dipegang ialah air di lautan dihala oleh angin ke pedalaman benua-benua. Kemudian air itu kembali ke lautan melalui suatu jurang yang tidak terduga dalamnya, yang sejak zaman Plato disebut sebagai Tartarus.



Pada abad ke-17, pemikir besar seperti Descartes pun mempercayai Tartarus dan sehinggalah abad ke-19 masih terdengar perbincangan mengenai teori Aristotles. Menurut Aristotles, air mengembun di gua besar yang sejuk dan di situ menjadi sebuah danau yang besar yang menjadi sumber air bagi sungai-sungai kecil. Hari ini kita sedar bahawa air di bawah tanah disebabkan penyusupan air dalam tanah. Kalau kita bandingkan kenyataan ilmu mengenai air dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran, nampak terang penyesuaian antara keduanya dan di dalam al-Quran tidak terdapat fahaman-fahaman salah yang diterima manusia pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.


Dari ilmu alam, suatu kenyataan yang baru disedari ialah kejadian lipatan batu yang membentuk gunung-ganang. Juga baru kita fahami kulit bumi ini boleh diibaratkan seperti kulit telur yang keras tetapi tipis yang boleh kita hiidup di atasnya. Sedangkan lapisan-lapisan di bawah itu adalah panas dan cair dan di dalamnya sebarang benda yang bernyawa tidak dapat hidup. Juga kita mengetahui bahawa teguhnya gunung-ganang adalah terikat dengan masalah lipatan ini kerana lipatan inilah yang membentuk batu asas bagi timbunan batu-batu yang menjadi gunung.

Marilah kita bandingkan fahaman sains dengan salah satu ayat yang membincangkan masalah ini iaitu dalam surah an-Naba’ ayat 6-7;
“bukankah Kami telah jadikan bumi itu terbentang luas dan gunung-ganang sebagai pasak (pancang)”.

Perkataan awtada (pasak) adalah ibarat pancang pada sebuah khemah yang membuatkan ia berdiri tegak. Awtada di sini pula bermaksud asas lipatan bumi ini.

No comments: