Wednesday, October 12, 2011

Kisah e-kan

السلام عليكم ورحمة الله

Beberapa hari yg lalu:::
Mak Uda kasik beberapa ekor ikan laga.. Adehh,, kena menjaga ikan la pulak... Kalau ikut aku, campak je dalam parit depan rumah tu.. Tapi, sebab orang yg kasik kan..

Mak sibuk menjaga ‘anak2’ dia.. Seekor tu, tgh bunting.. Try la search camne nak jaga ikan laga.. Banyak ragam la pulak.. Kena asing lepas dia bertelur, kena selalu tukar air, jgn kasik dia boring, bla bla bla.. Adehh

Apa agaknya rasa jadi ikan ar?? Jadi ikan, nanti kena tangkap, orang duk bela.. Terkurung dalam balang.. Dapat nengok dunia luar tapi x dapat menikmati dengan sepuasnya.. X pun, orang siang, masak.. Terus tamat riwayat hidup..

Tapi, yg bestnya kalau jadi ikan, x dipertanggungjawabkan kat akhirat kelak.. hmmm

Tuesday, October 11, 2011

Think n Think n Think!!

السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni, lepak kampung.. Lama tak jenguk atuk nenek kat kampung tu.. Cuti pn masih bersisa byk lagi.. Kalau balik kampung, memang xley jangka nak pulang ke rumah semula pukul berapa.. Apatah lagi, kunjungan sesaje..
Kebetulan, Tok Uda n Tok Mah ada sekali. Makin riuh la rumah jadinya...

Petang, menuju ke rumah urut Pak Sahak.. Tok Mah nak berurut tangan.. Sewaktu berurut, mak bersembang la dengan Pak Sahak tu.. Aku diam jer,, x kan nak menyampuk pulak..

Mak : Pak Sahak, buat rumah burung ni modal besar x??
Sebelah rumah Pak Sahak tu, ada rumah burung.. Untuk burung layang2..

Pak Sahak : Ada la dalam RMxxxx (saje xnak gtaw...haha).. Ala, ni buat sebab orang kata dapat untung besar.. Dok pikir pasal untung jer, x pikir pulak akibat dia.. haha

Mereka pun menyambung sembang.. (malas nak tulis kat sini sebab xde kaitan dengan apa yg aku nak cakap)

Aku berfikir-fikir apa yg Pak Sahak tu cakap.. Penat fikir banyak kali.. Betul jugak,, bila kita terfikir something, kita asyik duk cari yg bab2 positif jer.. Jarang untuk kita fikir kesan dan akibat.. Kalau terfikir pun, susah untuk merasionalkan semula fikiran.. Yela, bila hati dah terpaut, rasionalnya hilang.. Contoh, hati dah terpaut nak beli Galaxy Tab, fikir la sejuta kali, biarla orang cakap apa pun, hati sukar untuk goyah daripada membeli.. Lagi hebat apabila kita mencari berjuta alasan asalkan impian kecil kita itu tercapai..

Hurm.. Biasala, waktu tengah ‘hangat’, semua HEBAT.. Tapi bila dah sejuk, mulalah rasa itu x kena, ini x kena..

Kenapa sukar seseorang menjadi rasional bila keinginannya tinggi?? Sebab waktu tu, dia berada dalam arus beta.. Arus semangat, arus motivasi.. Dia tidak berada dalam arus alpha, arus ketenangan.. Masa arus beta, apa pun yg orang cakap, sukar untuk diterima dan dia akan rasa orang tu penghalang dia daripada mencapai matlamat.. (rase cam merepek sikit)

Ok2, nak cakap kat sini... Apa pun yg kita nak buat, fikir la pro n kontra.. Kita buat bukan utk jangka masa pendek, tapi matlamat kita sampai akhirat.. Kalau nak bercinta, bercintalah sampai ke syurga :D (tetibe..haha)

Monday, October 10, 2011

Naseb kamu la

السلام عليكم ورحمة الله

One day,, ada orang tanya;
"Agak2 sesuatu persahabatan tu boleh kekal x??"
Dengan muka ala2 serius, walhal hati sedikit memberontak.. Adehh, pe tanya soalan camni time aku tengah nak gi kelas... Sabar je la~~

'Before aku jawab, aku nak tanya kau 2 soalan.. 1st, apa yg kau dah dan sanggup beri pada kawan kau tu?'

"Kalau dia susah, dia selalu cari sy.. Kalau dia xde duit, sy sanggup dulukan duit sy.. Kalau ..........."

Tak habis jawab lagi, aku dah tanya soalan ke-2.. Kejar masa sebenarnya, nak gi kelas.. X layan karang, nangis pulak..
'Apa yg kau harap dari dia?'

"Sy x harap dia balas apa yg sy buat.. Sy x kesah kalau dia x bayar duit sy.. Sy x ungkit kalau ..............."

Adehh, panjang pulak dia introduction jawapan dia..

"Sy cuma harap, dia x lupakan sy sampai bila2"

Tersenyum... Fuh,, akhirnya menjawab soalan jugak...
'Kalau camtu, persahabatan tu susah nak kekal..'

Tercengang budak yg tanya tu.. haha.. Dah agak, akan menerima reaksi sedemikian...
'Once kau harap something dari dia, kau akan dare buat apa2 untuk dia.. Sedangkan matlamat bersahabat tu sendiri apa?? Kenapa kau kawan ngan dia.. Kalau sekadar persahabatan sampai dunia, xyah bersahabat pun xpe.. Carilah sahabat untuk saling membimbing dan dibimbing.. Bila kau mengharap dia x lupakan kau, kau akan takut untuk tegur kesalahan dia kerana takut kehilangan dia'..

X sempat melihat respon dia, aku terus melangkah masuk ke kelas.. Dalam hati,, 'errr... betul ke apa yg aku cakap tadi??naseb la dik..'