Saturday, June 25, 2011

Satu Jelajah


السلام عليكم ورحمة الله

Pengalaman 2 hari 1 malam berada di perkampungan orang asli, sgt2 mengajar erti kehidupan.. Terlalu byk pengajaran yg aku peroleh daripada perjalanan singkat ini..







Jutaan terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung/ x dlm program ni terutamanya Ustaz Norzarir, AJK2 prog, student2 yg terpilih n semua yg bertukus lumus mnjayakan prog ni la.. Walaupun byk kelemahan n kekurangan, jadikan itu iktibar.. [aku dah semakin berfikiran +ve selepas balik prog ni!!]


p/s:
-gambar byk sgt.. xmampu nk upload semua..
-kenangan terindah ^__^

Wednesday, June 15, 2011

Sekadar Persinggahan


السلام عليكم ورحمة الله

Kalau dari Tapah nak ke Mersing, mesti org ikut highway, kan? Sepanjang-panjang perjalanan tu, mesti ade singgah kat R&R. Berhenti solat, makan, etc.. Lame ke org berhenti kat R&R?? Mesti ar x.. Sebab kita taw yang destinasi kita yang sebenar, bukan R&R tu. Tapi Mersing..

Camtu gak dgn hidup ni. Sebenarnya dunia ni hanya sekadar persinggahan. Macam R&R.. Berhenti sekejap jer.. Destinasi sebenar kita, akhirat.

Tapi berapa ramai je yang sedar bahawa hidup ini sekadar persinggahan?? Berapa ramai je yang menjadikan hidup ini tempat menyiapkan diri untuk kehidupan di destinasi yang sebenar?

Tepuk dada, tanya iman. Adakah kita tergolong dalam golongan yang terus menyiapkan diri, memenuhkan bekalan atau adakah kita tergolong dalam golongan yang lalai n terus terleka [nauzubillahi min zalik]..

Masih belum terlambat utk mengubah hala tuju hidup ini.. Ambillah dunia sekadarnya..

Bekerjalah seperti kamu akan hidup 1000 tahun n beramallah seperti kamu akan mati esok hari -Saidina Ali-

Saturday, June 11, 2011

Q&A: Jelajah Silaturrahim


السلام عليكم ورحمة الله

1) Senaraikan rukun solat.
1. BERDIRI BETUL
2. NIAT
3. TAKBIRATUL IHRAM
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT
12. MEMBERI SALAM
13. TERTIB

2) Berapakah rukun wudu'? Senaraikan.
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan sampai siku
4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
6. Tertib

3) Senaraikan 3 perkara yang membatalkan wudu'.
i. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda atau angin
ii. Hilang akal; hilang akal kerana mabuk atau gila
iii. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan antara keduanya bukan muhrim
iv. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan perut tapak tangan, sama ada kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain, sama ada kemaluan orang dewasa atau kemaluan kanak-kanak.

4) Tulis definisi istinja' dan cara-cara beristinja' sekiranya tiada air.
Definisi : menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
Cara-cara istinja' sekiranya tiada air:
i. menggunakan benda kesat atau batu
ii. menggunakan air dan batu

5) Terdapat 3 jenis air. Senaraikan.
i. Air Mutlak
ii. Air Musta'mal
iii. Air Musyammas

6) Senaraikan rukun-rukun tayammum, 2 perkara yang membatalkan tayammum, dan 2 keadaan yang dibolehkan bertayammum.
Rukun :
1.NIAT
2. MENYAPU MUKA DENGAN TANAH
3. MENYAPU KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU DENGAN DEBU TANAH
4. TERTIB
Perkara membatalkan tayammum:
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Masuk waktu solat yang lain.
Keadaan dibolehkan tayammum:
1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

7) Nyatakan syarat-syarat dibolehkan solat jama' dan qasar.
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah.
3. Mengetahui destinasi yang dituju.

8) Tuliskan surah al-Fatihah.