Saturday, June 11, 2011

already a month


السلام عليكم ورحمة الله

Baru tersedar, sudah hampir sebulan meninggalkan rumah.. Saat insan lain boleh pulang sesuka hati, aku masih terus menghitung hari..
Masih terngiang-ngiang kata-kata mak sebelum kepulanganku ke kampus; "lepas ni dah x balik2 ke? Hmm, sekejapnya cuti. X puas rasa duduk ngan anak aku yang sorang ni"
Saat tu, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan ini..

Sebulan yang aku lalui di bumi ini, di rantauan.. Sebulan yang bermacam-macam dugaan dan cabaran. Satu persatu sakit datang. Masih terus berusaha menguatkan semangat dan diri. Terus berkata, 'sakit itu datang dari Allah. Segala yang berlaku atas kehendaknya.. Selama ini Dia menuruti kehendakku, takkan aku x boleh mengikut kehendak-Nya walau cuma seketika'

Apa pun yang aku hadapi, aku yakin bahawa Allah tahu aku mampu melakukannya. Jika Dia memberikan aku satu taklifan, Dia tahu aku mampu untuk menjalankan amanah tersebut.
Ketika Allah memberi aku kepercayaan, kenapa aku tak yakin kebolehan diri?

Setiap detik waktu ini merupakan detik-detik pembelajaran. Bukan pembelajaran formal semata-mata. Tapi merangkumi segala aspek.. Pembelajaran tentang fitrah manusia. Bagaimana untuk mempercayai orang lain, bagaimana menerima dan memberi.. Dan yang paling utama, bagaimana untuk memahami..

Cuma aku harus bertegas pada diri, 'kadang matlamat x mampu tercapai dalam jangka masa yang singkat.. Yang penting sekarang, ada usaha menuju matlamat tersebut'.. Untuk menjadi cerdik pandai, tak boleh dalam tempoh sejam dua, tapi memerlukan pengorbanan masa.. Yang penting, ada usaha untuk menambah ilmu.

Selagi hati ditaut dengan rabitah menuju mardatillah, selagi itu aku mampu terus berdiri walau tanpa dirimu di sisi..

Friday, June 10, 2011

Rintihan Kalbu


السلام عليكم ورحمة الله

Rabbi,
Lama aku terdampar di pulau yang penuh keasyikan
Hingga aku lalai n terleka,
Lupa untuk mendekati-Mu
Lupa menyiapkan diri untuk perjumpaan kita kelak.
Maafkan aku, Ya Rabbi

Ketika hati sedang terus alpa
Kau hadirkan insan untuk kembalikan hati ini
Agar diri-Mu terus menjadi ingatan setiap detik dan waktu

Setiap detik waktu,
Aku terus cuba dan mencuba
Kembali pada fitrah kejadianku
Sedaya upaya berubah dan merubah
Semoga ia berkekalan dan yang utama, diberkati-Mu

Wednesday, June 01, 2011

Fahim atau faqih (Part 2)


السلام عليكم ورحمة الله

Lama x mencoret di muka blog ini... hehe
Just nk berkongsi sedikit..

Memegang jawatan sebagai Exco Kerohanian, org asyik tnye, "masuk waktu pukul berapa yer?".. [sebelum ni xde azan kat kolej..Alhamdulillah, da ade azan]

Bukan 1 permasalahan utk menjawab sbb diri sendiri memang dah ada jadual waktu solat.. Cuma terimbas kembali satu kuliah yg pernah didengari suatu ketika dahulu.. Mengenai kepentingan mengetahui waktu solat..

Sekarang memang mudah, search internet, ley taw waktu solat.. X pun, just tunggu azan.. Disebabkan kemudahan2 yg ada, ramai yg hilang skill mengaplikasikan pelajaran2 waktu sekolah2 dulu.. Belajar cara2 camne nak taw dah masuk waktu ke belum.. Kalau xde azan, kalau xde internet, camne nak taw waktu solat?

Kita mungkin 'fahim'.. Taw bahawa syarat sah solat, mesti masuk waktu.. Tapi adakah kita cukup 'faqih' dengan mengetahui keadaan2 yg dikatakan 'masuk waktu solat' itu? Seingat sy, menurut kuliah yg sy dgr, FARDHU AIN ke atas setiap muslim itu utk taw bila waktu solat..

Conclusion: kita mengetahui masuknya waktu solat bukan hanya berlandaskan azan atau internet semata tapi kita PERLU tahu keadaan2 yg dikatakan masuknya waktu solat itu.. Cth, masuk waktu subuh, bila terbit fajar sadiq.. Kita perlu tahu mcm mana yg dikatakan terbit fajar sadiq itu..

Wallahu a'lam..