Tuesday, September 13, 2011

Kata Murabbi

السلام عليكم ورحمة الله

Jatuh bangun seseorang dalam kehidupan, perkara lumrah.Kadang-kadang, semangat terlalu tinggi.Itu ingin dicapai, ini ingin dicapai..Terkadang, semangat jatuh menjunam sehingga semua menjadi silap pada pandangan mata..Yer, manusia tidak sentiasa di atas.

Suatu ketika, diri ini terasa terlalu lemah.Itu tak kena, ini tak kena..Mula perkara yang tak silap, kelihatan salah 100%..Manisnya hilang sekelip mata..Rasa terlalu lemah. ‘Ni semua kerana taklifan!!’,hati memberontak.. Tanda-tanda awal ‘futur’ dari perjuangan..Nauzubillah..

Suatu hari, entah kenapa, hati terlalu ingin meletakkan jawatan sebagai Exco Kerohanian JPK..Tiba-tiba perasaan itu hadir tanpa diminta.Terus menggasak jiwa..Rabbi, kenapa jiwa ini??

Sebelum ini, pernah juga perasaan sama hadir tapi tidak sehebat ini sehingga berani berkata kepada Ustaz, “Ustaz, sy nak letak jawatan”..Sedikit terkejut, ustaz lantas berkata, “kalau free, jumpa sy.. Kita bincang”..

Petang hari tersebut, menapak ke bilik ustaz..Cuak juga mulanya (tau pn cuak)..Cuba mengalih topik perbualan.Berbincang sedikit mengenai program Night of Hope. Hingga akhirnya, tiba di noktah perbincangan program.Ustaz lantas bertanya…..

“Kenapa nak letak jawatan?”
‘Entah la ustaz.Sy rasa sy x mampu nak bawak lagi.Semua serba x kena ……………..’, meluahkan rasa walau masih ada sedikit yang cuba diselindung.

Ustaz menarik nafas.Mungkin cuba memberi kata yang terbaik. Satu persatu kisah beliau ketika di Jordan dirungkai.Ingin menjadikan panduan buat aku.

Tergamam.. Air mata di tahan (ego, x kan nak nangis depan ustaz)..Astaghfirullah, cabaran yang beliau hadapan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan diri ini.Tadhiyyah beliau terlalu sukar untuk ditandingi.. Rabbi, malunya diri ini..Ujian-Mu sekecil ini sudah ingin mengalah..Tertanya sendiri, kemana hilangnya semangat sang mujahidah??

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang dia mampu.Sy x nak paksa kamu utk teruskan atau letak jawatan.Mungkin ini ujian kecil Allah buat kamu..Rasa down tu perkara biasa dalam berpersatuan.Tension, stress, benda biasa.Sebab tu perlu ada pembahagian tugas.Kalau kamu rasa x mampu pergi meeting, ada test esok contohnya, kamu boleh suruh seki kamu pergi meeting, gantikan kamu.”

“Biasanya, apabila orang yang baik di beri taklifan, itu bukan datang dari manusia.Tapi amanah itu dari Allah.Kamu fikirlah, amanah yang kamu dapat ni dari manusia atau dari Allah.”

“Sy pernah jugak rasa macam yg kamu rasa.Pensyarah sy pernah tanya, sepanjang melakukan tugas persatuan, ada x kamu meninggalkan amanah Allah? Kalau xde, kenapa kamu nak lari dari amanah tu?”

“Balik, kamu amalkan tahajjud.Bangun malam, solat istikharah.Minta Allah beri petunjuk yang terbaik untuk kamu.Solat hajat, solat taubat banyak2.Dalam masa yang sama, perbaiki kelemahan kamu. Kalau kamu rasa nak letak jawatan kerana x manage masa dengan baik, perbaiki dengan buat jadual dan sebagainya. Jangan terus biar diri kamu terbelenggu dalam perasaan tu semata.Mungkin itu hanya hasutan syaitan”

“Sem ni, sy kasi masa utk kamu perbaiki.Kalau sem depan kamu rasa nak letak jawatan, silakan,” ustaz menoktahkan kata.

Aku hanya mampu tertunduk.Siapalah diri ini jika ingin dibandingkan dengan insan2 hebat di luar dan di hadapan mataku saat itu.Insan yang lebih banyak amanah yang dipikul, tapi lebih mampu untuk menjalankannya dengan baik.Malunya diri ini, ya Rabbi.Hanya sedikit ujian yang Kau beri, sudah mengangkat panji kekalahan sebelum melangkah ke medan perjuangan. Astaghfirullah…

Syukran jazilan buat murabbiku, al-Fadhil Ustaz Mohd Norzarir al-Haj bin Arshad al-Haj atas nasihat yg cukup menusuk kalbu.

Rabbi, siapa aku tanpa-Mu..Letakkanlah kami dalam golongan yang sabar saat menerima ujian-Mu dan bersyukur pabila menerima nikmat-Mu..

Sesungguhnya cinta-Mu, cinta tanpa syarat, yang menguatkan aku..

No comments: