Saturday, June 11, 2011

Q&A: Jelajah Silaturrahim


السلام عليكم ورحمة الله

1) Senaraikan rukun solat.
1. BERDIRI BETUL
2. NIAT
3. TAKBIRATUL IHRAM
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT
12. MEMBERI SALAM
13. TERTIB

2) Berapakah rukun wudu'? Senaraikan.
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan sampai siku
4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
6. Tertib

3) Senaraikan 3 perkara yang membatalkan wudu'.
i. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda atau angin
ii. Hilang akal; hilang akal kerana mabuk atau gila
iii. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan antara keduanya bukan muhrim
iv. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan perut tapak tangan, sama ada kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain, sama ada kemaluan orang dewasa atau kemaluan kanak-kanak.

4) Tulis definisi istinja' dan cara-cara beristinja' sekiranya tiada air.
Definisi : menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
Cara-cara istinja' sekiranya tiada air:
i. menggunakan benda kesat atau batu
ii. menggunakan air dan batu

5) Terdapat 3 jenis air. Senaraikan.
i. Air Mutlak
ii. Air Musta'mal
iii. Air Musyammas

6) Senaraikan rukun-rukun tayammum, 2 perkara yang membatalkan tayammum, dan 2 keadaan yang dibolehkan bertayammum.
Rukun :
1.NIAT
2. MENYAPU MUKA DENGAN TANAH
3. MENYAPU KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU DENGAN DEBU TANAH
4. TERTIB
Perkara membatalkan tayammum:
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Masuk waktu solat yang lain.
Keadaan dibolehkan tayammum:
1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

7) Nyatakan syarat-syarat dibolehkan solat jama' dan qasar.
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah.
3. Mengetahui destinasi yang dituju.

8) Tuliskan surah al-Fatihah.

3 comments:

Anonymous said...

ni ape??

Anonymous hahahahahahaaha said...

Nisa' cuba ko try tulis balik surah Al-Fatihah tanpa rujukan, ko agak betul tak apa yang ko tulis tu dengan surah Al-Fatihah yang betul. Aku dah cuba tapi tak dapat buat betul, aku buat dua kesalahan. Agaknya ko dapat buat betul tak?

~Asda Uzair~ said...

wah..jawapan2..boleh gi org asli.hehe