Tuesday, November 09, 2010

mianhae..

korang, aku tahu kita tak rapat even kita satu rumah. mungkin salah aku tak pernah cuba untuk mendekati korang. maafkan aku.

sebagai manusia, aku sayang korang.

A,
even kau macam tu, aku sangat2 kau berubah. masih sempat. Allah panjangkan umur kau untuk beri kau kesempatan agar kau berubah. tolonglah berhenti daripada ambik benda2 tu semua. kau tahu tak benda tu membahayakan kesihatan kau..?? kau tu perempuan, tak elok ambik benda tu.

badan kau cantik. lagi cantik bila kau tutup. simpan untuk yg lebih berhak.

F,
aku sangat respek kau. gi kelas mesti kau akan guna baju kurung. aku pun kadang guna t-shirt. tapi, aku tertanya-tanya, adakah tudung tu hanya perlu bila gi kelas je? tidak F. aku tahu kau dulu bukan macam ni. even kita baru jumpa, aku boleh tahu perangai kau. kau bukan macam ni! kenapa kau perlu siksa diri kau dengan menjadi insan lain? kenapa perlu menzalimi diri sendiri? F, aku yakin kau tahu pasal aurat. sebab tu kau guna tudung gi kelas. tapi, kebelakangan ni, kenapa kau jadi macam ni? aku rindu F yg dulu.

maaf sebab aku tak mampu tegur korang secara berdepan. korang pun tahu kan kenapa.

aku tulis post ni bukan tuk malukan korang tapi sebab aku sayang korang. aku tak nak korang pergi lebih jauh. aku pun bukanlah terlalu baik. selalu je melakukan kesilapan.

korang tanya lah diri sendiri, apa beza persahabatan n percintaan. kerana kekasih, kerana teguran, sahabat dipinggirkan. tidak !! sahabat sejati tegur sahabatnya kerana kasih. kekasih sejati, akan jaga korang bukan hancurkan korang. bukan ambil kesempatan pada korang..

aku SAYANG korang....
maafkan aku

last paper....


3 minggu berlalu begitu pantas.. yeah, akhirnye penantian sudah hmpir berakhir.. tinggal beberapa jam je lg utk aku meninggalkan kampus Beringin. Alamanda, masih menghitung hari..

Alamanda, begitu banyak sweet n sour memori. Yela, bukan duduk sejam dua, hampir 5 bulan lepak di tempat yg sangat mewah ni.

Biarlah segala kenangan yg pahit itu tinggal di Alamanda. Mlm2 pekse pn wat -tuuut-.. Argh, lemahnya diri bila aku hanya mampu mencegahnya dgn hati !! Ya Allah, berilah mereka hidayahMu..

Alam universiti, alam menguji keimanan. Kat sini lah korang nak test diri korang. Test iman korang. Memang sangat2 mengujikan expecially bila biahnya SGT berbeza dengan KISAS. Tak lagi terjaga macam kat kisas dulu. Korang nak test korang ni jenis camne, rajin ke tak, ape ke, test la mase korang kat U ni. Baru korang kenal diri korang yang sebenarnya camne.

Sejujurnya ada sedikit penyesalan di hati. Aku rasa diri ni dah terlalu banyak berubah. Bukan lagi seperti Nisa' yg diKISAS dulu. Mungkin luaran aku masih seperti dulu, tapi dalaman..? Siapa tahu?

"Mungkin kau jadi macam tu sebab persekitaran"..... Aku benci jika ada insan berkata begitu. Persekitaran? Apa guna iman seseorang? Persekitaran yang mengubahnya atau dia yg sepatutnya mengubah persekitaran?

To my 'oppa', aku harap kau faham keputusan aku.

Sorry to all my gengz.. Tak dapat nak lepaks Alamanda lame2 coz Mersing dah panggil. Kalau panjang umur, kite jmpe kt Tapah nanti k.

Friday, November 05, 2010

ask urself...

tgh2 final ni,
sume org SIBUK n MENYIBUKKAN diri dgn STUDI..
of course la sume org nk result yg gempakz wow meletup, kn?
tp,
sedar x sedar diri ini sbnrnye sedang diuji...
yer,
bile diri sibuk 100% dgn buku,
kadang2 TERlupa yg niat ini, bljr HANYA tuk mndkatkn diri dgn Allah..
tuk mndpt redha n berkat-Nya.

dulu,
mase kt kisas,
time exam je msti ade org ingtkn,
"kalo 24 jam stdy, x semestinye ley dpt result gempak...byk dekatkn diri pada Allah.. tanpa izin Allah, tgn pn x mampu nk pegang pen..............(n ayt yg sewaktu dgnnye)"
tp,
kt sini xde sape nk ingt aku..
maka,
suka aku mengingatkn diri aku sndiri n org yg bace blog ni...

ya Allah,
golongkan kami dalam golongan hamba2Mu yg bersyukur dgn rezki n nikmatMu..
golongkan kami dalam golongan hamba2Mu yg bertaubat..