Wednesday, January 28, 2009

Pengkid: bukan isu baru

Ketika seluruh negara digemparkan dengan pengeboman Israel ke atas Gaza, negara kita pula digemparkan dengan isu pengharaman pengkid. Penkid, satu isu baru. Bukan baru berlaku tapi baru diharamkan oleh negara Malaysia. Ketika isu ini diharamkan, terdapat pelbagai pihak yang tidak menyetujuinya. Ana sedikit pelik lantas mengambil peluang cuti tahun baru cina ini untuk membuat sedikit kajian.

Memetik slogan yang dilaungkan oleh katagender dan Food-Not-Bomb, `pengkid bukan jenayah’, `nenek saya berambut pendek,ada masalah?’ dan sebagainya membuatkan ana lebih berkobar-kobar untuk mengetahui apa itu `pengkid’ sebenarnya.. Pengkid ialah wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Jadi, melihat definisinya sahaja sudah jelas menyatakan perkara itu haram. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,`bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita’. Dalam satu hadis lain, daripada Abdullah ibn `Abbas menerangkan bahawa: Rasulullah amat melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Menyerupai di sini termasuklah dalam bentuk tingkah laku,penampilan,pakaian serta perhiasan. Baru sahaja menyerupai sudah dilaknat apatah lagi menyintai kaum sejenis seperti pasangan hidup.

Pengkid merupakan `anak’ kepada lesbian. Lesbian berasal daripada nama sebuah pulau iaitu Lesbos. Seorang penyair wanita Greek Purba iaitu Sappho telah mengukir cintanya kepada wanita melalui ayat-ayat indah dalam sajaknya. Malahan, Sappho pernah menjalinkan hubungan serius dengan anak murid perempuannya.


Isu pengkid tidak boleh dianggap enteng kerana kesannya amat besar kepada masyarakat. Mengimbau sejarah yang berlaku pada tahun 1996, Rosdi Ahmad atau nama sebenarnya, Azizah Abd. Rahman yang cuba menipu pegawai agama bagi menikahi seorang wanita daripada Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Dalam satu kes lain yang berlaku di Johor Bahru pada 2005, seorang isteri meninggalkan suami dan anaknya kerana mengikuti teman lelakinya yang merupakan seorang pengkid. Ibu kepada anak berusia 7 tahun yang mendirikan rumah tangga dengan pekerja kontrak mendedahkan pergolakan yang membawa kepada pilihan melarikan diri dengan pengkid bermula daripada sikapnya yang mengambil berat, empati dan penyayang. Dapat kita lihat di sini betapa rendahnya aqidah umat islam pada masa kini. Rasulullah bersabda, `tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuh badannya kepada badan lelaki yang lain dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuh badannya kepada badan wanita lain dalam satu selimut,’ Menurut Imam al-Nawawi berkenaan penyentuhan badan sejantina dalam satu selimut,`hadis ini menunjukkan larangan yang bersifat haram jika tidak ada penghalang di antara kedua-duanya,’. Sudah terbukti bahawa sesungguhnya pengkid adalah HARAM!!


Sebelum mengakhiri, ana memetik bait-bait syair Ibn Farid;

Selamatkan dirimu dari cinta pembawa becana

Aku tidak memilihnya selagi masih ada akal di kepala

Menghirup ketenangan hidup

Kerana permulaan cinta adalah ketenangan

Pertengahannya derita dan kesudahannya nyawa melayang..

Tuesday, January 27, 2009

Apo nak dikato...

Bismillahirrahmanirrahim..
Sedikit coretan rasa ketidakpuasan hati ini
Apa sebenarnya rasa menjadi pelajar sekolah agama yg dipandang tinggi oleh masyarakat?? Namun dengan pakaian yg mengalahkan pelajar sekolah biasa,tanpa segan silu mengaku diri itu belajar di KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH..Ana faham,mungkin tak semua boleh berubah dengan cepat terutama yg sememangnya berasal dari SMK.. Ana sendiri memerlukan masa tapi sampai bila masa tu ada untuk kita?? Ana sendiri tertanya-tanya kenapa orang lain boleh berubah tapi ana tak boleh.. Kita akan rasa perkara tu susah kaau kita tak cuba.. Sahabat2, ana sayang antunna semua.Ana tak nak kita dipandang serong. Dekat friendster ramai je yg letak gambar apa2 tah.. Kalo x bole ubah semua,kita ubah sikit2.. Jangan tunggu 'sampai seru'.. Ana teringat sebuah kisah selepas pembukaan kota Makkah.. Ada seorang lelaki Quraisy termenung lalu Rasulullah S.A.W. bertanya lelaki itu kenapa dia termenung.Dia menjawab bahawa dia sudah terpikat dengan Islam lantas saat itu juga dia memeluk Islam..dalam perjalanan pulang ke rumahnya,dia terserempak dengan kekasih dia. Perempuan tu ajak lelaki tadiberbual seperti y biasa dilakukan tapi lelaki itu menolak sebab dia dah peluk Islam. Dia kata islam melarang berdua-duaan di tempat sunyi..Bayangkan sahabat2,lelaki yg baru beberapa saat masuk islam boleh berkata sedemikian dan berubah dalam sekelip mata apatah lagi kita yg sememangnya dilahirkan dalam keadaan muslim..
Maafkan ana andai ada tersilap kata. Yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu juga dari Allah cuma disandarkan kepada ana yg hina ini..
Wallahu'alam..